Wednesday, January 13, 2010

keputusan majlis fatwa kebangsaan isu kalimah Allah

Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Mengenai Isu Tuntutan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

ULASAN / HUJJAH :

1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


KEPUTUSAN :

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

From : http://yayasansofa.blogsome.com/

dipetik :
http://firdaushadi.blogspot.com/2010/01/penggunaan-kalimah-allah.html

Monday, January 4, 2010

sahabatku semua.


wahai sahabatku sekalian bacalah cerita yang aku ambil dari...emmm..mana ek...?? tah lah aku pon dah lupa. apa pon bace dulu sampai abes k..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
'"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal'''.



Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

Disamping peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi ini...Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati kamu semua. semoga dengan kemaafan kamu itu lah yang memberi aku semangat dan keberkatan dalam aku mmenuntu ilmu Allah ini.
Dan ketahuilah sahabat sekalian, bahawa aku sudah pun memaafkan kamu semua..


Friday, January 1, 2010


AlhamdulIllah diucap keatas ilahi dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa yang hidup itu pasti akan mati. Allah S.W.T juga berfirman didalam kitab-Nya yang mulia bahawa sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Sepanjang ari nie ak rase sedih memanjang teringatkan adik aku yag telah meninggalkn bumi nie bulan 4 lepas. Aku pun tak tahu kenapa tiba2 je aku teringatkan arwah. Selalunya kalau aku teringatkan arwah tak de laa sampai sehari penuh macam nie. kalau teringat pun kadang2 je ingat sekejap lepas tu dah, sambung buat kerja lain. Aku selalu mendoakan dia lepas tiap kali sembahyang dan kadang2 air mata aku mangalir juga tapi aku kene tahan sebab tak nak bagi kawan2 lain nampak.

Dalam doa aku selalu minta kepada-Nya supaya bertemu dengan dia ketika mimpi. Abang aku dapat bertemu ngan arwah di dalam mimpinya semigu selepas dia kembali ke rahmatullah. Didalam mimpinya, dia dapat memeluk arwah dengan erat dan arwah tersenyum. Aku sentiasa meminta supaya ditemukan aku dengan arwah. Akhirnya Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan aku. Aku dapat bertemu dengan arwah yang mana aku dan dia hanya berjalan2 di satu kawasan, kawasan tu aku masih tak dapat nak gambarkan sebab samar2 kurang jelas. Dia ajak aku bermain seolah2 dia sedang bergembira.

Mungkin kata orang mimpi nie mainan tidur tapi bagi aku mimpi arwah nie sangat berharga bagi aku walaupun hanya sekejap je. Aku hanya berjalan2 dengan dia tanpa berkata apa2 pun. Lepas aku bangun tidur terus aku teringat aku tentang mesej yang dikirimkan oleh sepupu aku kepada abang aku:

“alhamdulillah a.anip...klu a.anip nk tau...wktu dh nk dkat subuh de cecair wangi kluar dr hidung arwah dan cecair tu mkin kerap kuar bila nk dekat dimandikan dan dikafankan...alhamdulillah itu tnda meniggal anak soleh a.anip...wktu janazah dmandikan dan bila paklong cium bwat kali trakhir, janazah mngalirkn air mata...entahla a.anip..”

Mesej nie laa yang selalu membuatkan aku menangis. Aku bukan menangis kerana pemergiannya sebab aku redho dengan ketentuhan Ilahi yang menjemput dia dulu dari aku tapi aku menangis kerana dia pergi dalam keadaan yang cukup sempurna bagi aku. Air mata aku mengalir lagi. Dia pergi dalam keadaan mak ayah aku redho dengan pemergiannya seolah2 semua orang merestuinya. Tanda2 nie laa yang selalu buat aku menangis…

Aku terlalu gembira dia pergi dalam keadaan seolah2 pergi dengan aman. Aku juga menangis kerana aku ingin mati sepertinya. Aku tahu bahawa semulia2 mati adalah mati dijalan Allah tapi jika itu aku tak dapat capai, cukup laa hanya sekadar ibu bapa meredhoi dengan pemergian aku. Aku cume mengharap itulah serendah2 mati aku kelak.

Ya Allah beri lah aku kekuatan untuk aku mengharungi ujina2 Mu. Ini adalah sekecil2 ujian yang Engkau berikan kepadaku banyak lagi ujian yang akan mendatang yang aku tidak tahu sebenar manakah ujian yang akan Engkau berikan kepada ku.

Ini hanyalah perasann yang terlintas di haty aku. Ya Allah cucurilah rohnya dan tempatkannya ditempat orang2 yang berman kepada-Mu ..amin..Salam

Saturday, December 26, 2009

skil jawab pekse


Assalamualaikum..waduh sudah lama rasenya koi (koi = aku (bahasa Pahang kot)) tinggalkan blog ni. Tidak diupdate langsung sejak hari raya aidil fitri bulan bulan 9 lepas. Nak kata sibuk, keja tak banyak pun tapi tu lah, tak tahu laa kenapa mungkin idea tak keluar kot. Akhir2 ni ade juga kawan yang mempersoalkan kenapa tak update blog ini. koi mampu jawab insyAllah sahaja tapi tak tahu bila nak update. Rasanya apa yang diceritakan dalam blog ni bukan benda2 yang menarik pun hanya sekadar apa yang terlintas saja.

Baru2 ini koi borak dengan kawan yang sama2 belajar di bumi mesir ini guna YM laa kan. Tengah borak2 tiba2 dia cakap :

“weh aku takut laa nak pekse nie, banyak lagi yang aku tak baca, tajuk2 yang doctor tak baca pun masuk lagi pun pekse nak dekat dah, berapa minggu lagi..”

Peperiksaan nak hampir nie, banyak betul ragam kawan2 koi nie. Macam kawan koi sorang nie takut betul nak ambil peperiksaan . Ade lagi sorang kawan koi nie dia kata dia tak tahu nak buat apa nak dekat2 imtihan nie. koi pun pelik betul tenguk kawan sorang nie. Tak kan dia tak tahu nak buat apa saat2 nak pekse nie, padahal banyak yang dia kena buat dengan hafal ke atau baca buku sampai habis yang mana tak baca lagi.

Memang laa rasa takut tu nak tak nak mesti ada kat diri seseorang tu apabila nak dekat imtihan tapi dia rasas takut tu sampai buku pun tak baca sebab takut sangat nak imtihan. Padahal buku kuliah tu bukannya nipis macam buku komik tapi tebal nak same dengan kamus dah. Ada juga yang nipis tapi tak kan sampai tak tau nak buat apa. Buku kuliah yang paling tebal yang koi dapat sekitar dalam 600 hingga 700 muka surat lagi2 start buku tu sampai habes semuanya arab. Nak baca setengah buku kitab tu pun makan beberapa hari tapi bagi koi nak habiskan tu tak jadi mustahil.

Cakap pasal pekse nie teringat koi dengan kata2 yang dilemparkan oleh ust firdaus b. madzlan ketika dia bagi motivasi dan koi tertarik dengan katanya:

“ selagi kita tidak jejak atau tidak masuk lagi ke dalam dewan peperiksaan, selagi tu lah ada masa lagi untuk kita ulang kaji pelajaran..”

Banyak maksud yang tersimpan disebalik kata2 ust nie. sebnarnya banyak lagi masa kita untuk ulangkaji balik pelajaran kita sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Walaupun hanya tiggal beberapa jam nak masuk dewan boleh lagi kita belek2 buku2 atau nota yang kita dah buat tu. Banyak lagi kata2 yang diberitahu oleh ust tapi koi hanya tertarik dengan kata2 ust yang nie sahaja.

Lepas habis dia syarahkan semua tentang matan yang tadi tu, terus dia beritahu apa yang dia lakukan dekat2 nak imtihan. Ust nie boleh dikatakan pelajar terbaik juga lah sebab dia dapat jayyid jiddan keseluruhan imtihan kecuali masa tahun1 die dapat jayyid. ada 8 cara yang dia beritahu.

Yang pertamanya, mesti baca buku peljaran tu sampai habis bak kata lain dari kulit ke kulit. Nak tak nak mesti kene abeskan juga sebelum imtihan sebab untuk kita tahu apa doktor nak diberitahu dalam kitab tu dan kalau boleh garis kan sekali mana yang penting dalam buku tu. Paling cantik ambil sehari 1 madah je ulangkaji jangan sampai 3 4 kitab nak bace dlm sehari dan kalo tak faham istilah2 kat dalam tu cari kat dalam kamus dan jadikan kamus sebagai teman.

Kedua, afal apa yang patut kita hafal dan jangan start menghafal selagi kita tak habis baca keseluruhan kitab tu. kene faham dulu apa yang nak dihafal barulah senang nak masuk apa yang kita hafal sebab kita paham. Yang paling penting baca 7 kali, ingat 7 kali. Hah amacam boleh ke tak nak baca 7 kali kalau kitab tu tebal macam kamus ..hehehe.nanti koi bgth caranya.

Ketiga, pergi study group kalau ada. Jangan malas nak pegi sebb kat dalam study group nie laa bnyk yang kita akan tahu apa yang kita tak tahu.

Keempat, rajin2 laa buat nota. Kalau malas sangat ambil kawan punya lepas tu potostat tapi kalo leh wat sendiri laa sebab nanti kita yang nak baca. Benda2 yang penting kat dalam buku tu kuarkan jadikan nota.

Kelima, pergi kuliah jangan tak pergi. Apa yang doctor cakap tu kadang2 ada gak yang masuk imtihan selain nak dapat berkat doctor 2 sendiri.

Keenam, buat jadual waktu untuk musim pekse nie. selarikan study dengan kerja2 yang lain.

Ketujuh, suka bertanya. Tanya je orang yang lebih hebat dari kita apa yang kita tak paham. Buat je muka tak malu asalkan kita faham apa yang kita beajar tu.

Kelapan , analisis kertas soklan2 yang lepas. Tengok bentuk soklan yang doctor buat.

Ni lah 8 cara yang ust nie beritahu koi dan care2 nak baca buku 7 kali tu dengan buat nota lah. Ambil mana yang penting kat dalam buku tu dan masukkan dalam nota kemudian baca nota tu 7 kali. Kalo rajin baca laa 1o kali yang nie lagi bagus. Care2 nie rasanya lebih tertumpu kepada pelajar2 yang belajar yang belajar di bumi mesir nie.

Akhir sekali percakapan dia, dia beritahu pulak teknik2 nak jawab peperiksaan. Teknik nie lah yang koi tunggu2 dari dia. Yang paling penting ketika jawab soalan tu buat basamalah kat atas kertas tu dan buat muqaddimah kalau boleh bagi panjang cikit, puji2 dokter tu sikit ke. Lepas tu jawapan tu mesti sistematik untuk bagi doctor faham apa yang kita nak tulis tu. Macam kebanyakan orang arab nie, mereka buat macam karangan. Abes penuh satu muka surat tu, kalau macam tu ssh doctor nak baca nak cari point2 yang penting. Kalau boleh buat macam point tu laa bagi sitematik sikit jawapan tu.

Dan akhir sekali, kene pandai laa tipu dokter. Hah nak jawab soalan ni pun boleh tipu doctor juga.macam mana caranya? Ust nie cakap jawab je soalan yang kita tahu atau kita lupa.jangan bagi kertas jawapan tu kosong dan kalau memang tak dapat dah, tulis je apa yang ingat kat kepala tu janji jangan bagi kosong. Lagi 1 contoh kita tak dapat jawab soalan yang pertama, letak soklan pertama 2 kat belakang bagi soalan yang kedua duduk depan untuk bagi nampak mula2 buka kertas jawapan tu dah penuh.hehehe. tu kalo tak dapat jawab laa, kalau dapat jawab tu letak laa depan. Lagi pun soalan 1 selalaunye senang.

Nie sume tektik je. Bukan untuk diamalkan. Hehe kalau boleh jangan selalu buat lah. Ok laa tu je untuk kali nie.

Thursday, August 27, 2009

awet muda ramadhan..?

Ahlan ya Ramadhan Kareem..terlalu banyak sangat tentang kelebihan2 ramadhan ini. Banyak yang dah kita tahu tentang puasa dari segi takrif yang bermaksud menahan diri dan bermulanya kewajipan puasa pada tahun ke-2 hijrah. Lagi tentang dalil yang selalu kita dengar menunjukkan tentang kewajib puasa, firman Allah SWT :

“Wahai orang2 yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa” (Al-Baqarah ; 183)

Mejoritinya kita semua sudah mengetahui sejak di bangku sekolah lagi, semuanya telah dijelaskan. Dengan hukum2 puasanya, syarat wajibnya, syarat sah puasa, rukun puasa dan banyak lagi laa yang berkaitan dengan puasa. Kebanyakan blog2 sekarang ini pun banyak menceritakan tentang Ramadhan atau semua yang berkait dengan ramadhan samada peristiwa, hukum hakam, permasalahan hukum,kenangan ketika bulan ramadhan dan macam2 lagi termasuk juga blog ini dan mungkin ada sedikit yang masih belum mengetahui terutamanya mengenai permasalahan2 yang bersangkut dengan hukum hakam.

Dengan keberkatan yang ada pada bulan ini, banyak idea yang timbul terutama kepada si blogger malah bukan dari sudut idea sahaja mungkin juga dari sudut2 lain. Bagi aku pula, walaupun baru berapa hari berpuasa tapi aku dapat merasakan bahawa banyak benda yang berlaku membuatkan hati aku seronok berpuasa pada kali ini. Hati aku lebih tenang berbanding bulan2 sebelum ini walaupun dengan cuaca panas terik. Kelas pengajian kitab pula dibuat selepas waktu zohor yang sememangnya kemuncak kepanasan lagi pula rumahku jauh dengan markas namun itu semua tidak menjadi halangan. Sabda Nabi Muhammad saw :

“sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan maka akan diampunkan dosa2 yang lalu”

Dengan kesibukan mengharungi puasa ini,mungkin ada di kalangan yang kita lupa tentang perkara2 sunat walaupun ia terlalu senang untuk dilakukan. Serata kita sudah mengetahui bahawa akan digandakan pahala di bulan ini maka tidak menjadi masalah untuk kita melakukan perkara2 sunat disamping memberatkan lagi timbangan pahala kita, insyAllah. Banyak disebutkan di kitab2 tentang perkara sunat ini, antaranya menyegerakan berbuka supaya tidak meniru amalan orang yahudi dan nasrani, dimulakan dengan makanan yang manis seelok2nya tamar bersama air zam2,sahur dan melewatkan sahur-disini ada 2 perbuatan iaitu bersahur dan melewatkan sahur, jika bersahur sahaja tidak dilewatkan, pahala lewat itu tidak dapat-. Kerana hadis nabi “bersahurlah kerana pada sahur tersebut ada keberkatan”

Menjauhi perkara yang keji dan tidak berfaedah, mengisi masa dengan belajar ilmu dan membaca Al-Quran, menyediakan atau membelanja makan orang yang berbuka, istiqamah dengan tarawih , berzikir , berdoa , berselawat, beriktikaf di masjid2 dan banyak lagi. Di dalam hadi Qudsi menyebutkan :

“ setiap amalan yang baik akan dibalas dengan sepuluh diumpamakan sehingga 700 kali ganda melainkan puasa, maka amalan puasa bagi-Ku (Allah ) dan Aku (Allah) sendiri yang akan membalasnya”

Bersabar juga merupakan amalan yang baik. Bersabar dalam menahan lapar dahaga ini dan perkara2 yang berkaitan dengan sabar,ia juga termasuk dalam perkara2 yang sunat dan semuanya akan diberi ganjaran oleh Allah seperti yang telah disebutkan didalam surah Az-Zumar ayat 10 :

“sesungguhnya orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala bagi mereka dengan tidak terkira”..
Teringat pula pada kata2 imam tarawih semalam yang menyatakan tentang selawat. Dia mengatakan bahawa kita selalu lupa atau leka untuk berselawat sedangkan fadilat selawat itu banyak. Dia nyatakan lagi dengan ganjaran yang diberikan apabila berselawat iaitu sekali kita berselawat 10 kali Allah akan berselawat kepada kita disamping dengan barakah dan ma’rifah dari Allah. Dengan berselawat itu juga akan diberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Kadang2 pelik juga, susah sangat ke nak sebut Allah humma solli ala saidina Muhammad waa’la alihi wasoh bihi ajma’in?. kita sudah tiada pilihan lain di akhirat nanti selain syafaat Nabi Muhammad. Kalau ada masa lapang,tengah duduk2 ke selawatlah sikit bukan susah pun kalimah ringkas sahaja.

Terlalu ringkas namun susah untuk diamalkan. Kan bagus jika dimulakan dengan bismillah beserta dengan selawat setiap perbuatan yang kita lakukan. Teringat sebuah artikel yang menyatakan tentang awet muda, disebut disitu ketika ingin membasuh muka ketika waktu pagi bacalah bismilah dan selawat 3 kali. Betul atau tidak cuba buat aku pun tidak pasti, kalau dah amalkan rasa2 muka nampak makin lawa atau hensem betullah tu. Lagi pun benda baikkan cuma selawat dan bismillah,bukannya jampi sarapah atau apa pun. Mak aku pun selalu pesan, jika nak basuh ayam, sayur, buah ke atau apa sajalah, bacalah selawat 3 kali. Sehingga hari ini aku mengamalkannya mungkin ada keberkatan apatah lagi jika yang dibasuh itu adalah makanan, kadang2 sampai berpuluh2 kali selawat.

Kita berselawat dan bismillah ini bukanlah untuk mendapatkan perhatian dari orang akan tetapi untuk mendapat keberkatan dengan apa yang kita lakukan seharian disamping ia juga merupakan satu doa. Manalah tahu jika terdapat sedikit racun pada buah atau sayur, dengan izin Allah racun itu hilang dengan kita membaca selawat atau bismillah. Cerita seorang ibu yang selalu menyebut basmalah setiap kerja yang dilakukan. Suaminya tidak suka isterinya menyebut kalimah tersebut maka digantian beras dengan tanah. Ketika ingin memasak nasi isterinya terkejut kerana hanya tanah disitu namun dia tetap mengambil tanah tersebut dibasuhnya, tidak lupa juga menyebut basmalah lalu dimasaknya. Apabila selesai masak suaminya terkejut kerana bukan tanah tapi nasi yang selalu dimasak oleh isterinya. Sungguh agung kalimah Allah walaupun hanya dengan basmalah.

Itu semua bergantung kepada kita, samada ingin mengamalk annya ataupun tidak. Kita pun sudah tahu bahawa doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi dan juga terhindar dari musibah dan kesusahan. Firman Allah (Al-Baqarah : 186) :

“Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepada-Mu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat, Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku……”

Ada ulama’ menyatakan bahawa maksud ‘dekat’ itu adalah Allah berada terlalu dekat dengan kita, dikatakan berada di urat tengkuk kita, memang terlalu dekat. Disamping itu, doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, kayakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Cuba kita fikirkan balik, berapa kalikah kita berdoa dalam sehari? Adakah selepas solat sahaja? Ketika makan dan minum?. Hang semua yang fikir so hang sendirilah yang tahu jawapnnya. Mungkin sestengah dari kita kurang berdoa kerana terlalu sibuk dengan kerja2 atau dengan aktiviti2 lain atau mungkin tidak mengetahui tentang kelebihan berdoa itu sendiri. Terlalu banyak doa2 yang boleh dibaca, sedangkan ingin memakai baju pun ada doa yang tertentu.

Kadang2 terpikir, kenapalah mereka ini kurang berdoa? Bahkan mereka tahu tentang kelebihan doa itu dan mungkin juga mengetahui antara waktu2 yang mustajab berdoa. Antaranya ketika waktu hujan, kalau di mesir ini kadang2 hujan, lagi antara azan dan iqamah, satu pertiga waktu malam, satu waktu pada hari jumaat, malam jumaat dan juga pada bulan Ramadhan. Lagi beruntung sekarang ini kita berada di bulan Ramadhan, adakah dibiarkan berlalu bulan Ramadahn ini?. Banyakkanlah berdoa.



Bercakap tentang doa, teringat kepada puasa tahun lepas pada malam 27 Ramadhan, Syeikh Jibril akan turun di Masjid Al-Amru dan aku turut bersama2 bertarawih bersamanya. Masjid itu boleh dikatakan seluas masjid Shah Alam yang mana pada malam itu terlalu ramai orang yang hadir. Jika dilihat dari atas seolah-olah seperti lautan manusia yang hadir di masjid itu. Tidak cukup di dalam serta persekitaranya, malah jalanraya dan juga setiap sudut jalan juga penuh. Jika hendak dibandingkan dengan Masjid Shah Alam, mungkin parking kereta sehingga sampai ke bangunan JAIS kesemuanya penuh. Habis sahaja tarawih aku duduk berehat sedangkan semua orang sedang sembahyang witir. Kaki aku tidak larat untuk berdiri kerana Syeikh Jibril menghabiskan 1 juzuk. Setiap rakaat 1 ‘ain dan dibacakan dengan tertil, apa yang aku rasa memang panjang. Kemudian terdetik untuk aku ‘set’ masa mengira berapa panjang doa qunud yang dibacakan. Setelah habis memang tepat sejam dibacakan qunud. Cuba bayangkan qunud dibacakan sejam? Cuba kalau di Malaysia dibuat macam itu, mesti orang2 tua kat belakang marah kan?. Kalau yang betul marah, dibalingnya kerusi.

Sebut lagi tentang doa, ok kali ini nak suruh pembaca sekalian uji dan tengok dengan mata sendiri. Apa yang yang hendak dilakukan adalah cuba pergi berbuka puasa bersama kawan2 atau ajak kawan2 datang rumah ke atau pergi kemasjid ke, janji masa buka puasa itu ramai orang. Sebelum nak makan, nak berbuka cuba tengok kawan2 kita atau orang sekeliling kita, ada atau tidak yang angkat tangan baca doa selain doa makan dan doa buka puasa?, mesti kurang kan?. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa doa ketika berbuka adalah salah satu waktu yang mustajab berdoa apatah lagi didepannya terhidang lauk pauk. Yelaa mungkin kita nak percepatkan berbuka, itu pun salah satu sunat tapi kan lebih elok 5 minit sebelum nak buka puasa itu doa cikit. Kalo malas nak baca pendek bacalah panjang sikit, apabila dengar azan baca doa makan dan buka puasa terus makan. Doa dapat, cepatkan berbuka dapat dan pahala pun dapat. Kena pula Allah makbulkan doa kita masa itu, beruntung kita.

Banyak dah rasenya menulis, tapi rasa macam nak tulis lagi. Banyak lagi cerita2 yang nak dikongsi supaya dapat kita semua dapat memikir setiap apa yang terjadi. Mungkin sambung lagi, tapi apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah banyakkan berfikir. Cuba fikir tentang cerita2 tadi dan tentang sunat2 puasa, selawat dan berdoa tadi. Fikir-fikirkan dan selamat beramal….







Tuesday, August 25, 2009

tarawih oh ramadhan


Ramadhan oh ramadhan, terlampau banyak nikmat yang Allah curahkan kepada hambanya yang sentiasa beribadat kepada-Nya terutama dalam bulan yang mulia ini. “ kullu ‘am waantum bilkhair”. Sebagai manusia lain tidak bukan mestilah perbanyakkan amalan yang mana kita tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran sekali pun kita tidur, berdasarkan kepada hadis nabi yang berbunyi:


“ senyap orang yang berpuasa itu merupakan tasbih, tidurnya ibadat, doanya mustajab dan balasan amalan di lipat ganda”


Ada pun yang dimaksudkan “tidur” itu bukanlah tidur sepanjang hari, bermula pagi hari hingga waktu berbuka malahan perkara itu makruh. Tidur ini hanya sekadar unutuk merehatkan sahaja seperti tidur sebelum zohor dan tidur untuk mendapatkan malamnya itu dengan beribadat.

“Allah humma barikna fi rejab wa syaaban wa ballighlna fi ramadhan”. Doa yang ringkas namun terdapat pelbagai makna yang tersirat. Apa yang kita tahu bahawa doa Rasulullah ini sudah dibacakan sejak bulan rejab lagi untuk mendapat keberkatan didalam bulan tersebut dan bulan2 yang lain. masih lagi diberi pinjam tubuh badan ini untuk mendapatkan ganjaran di bulan ramadhan ini. Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :


“ apabila datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu2 syurga dan ditutup segala pintu2 neraka dan syaitan dibelenggu”


Berdasarkan hadis nabi ini, sebenarnya kita selaku umat islam telah menang dan sangat beruntung kerana salah satu musuh kita telah dibelenggu iaitu syaitan. Hanya perlu untuk melawan nafsu yang ada pada diri disamping kita diberi ganjaran setiap apa yang kita lakukan malahan berlipat2 ganda dari bulan2 sebelum ini. Jika diperhatikan kenapa Allah tidak menyuruh nabi berperang (perang badar) pada bulan rejab sedangkan pada bulan itulah terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan kepada mereka?

Kenapa Allah menyuruh nabi berperang pada bulan ramadhan?. Sebabnya bulan ini adalah bulan kemenangan bagi seluruh umat islam seperti yang diceritakan dalam surah Al-Haj ayat 39-40


Emmm mungkin kali ini hanya untuk berkongsi pengalaman bersama sahabat2. Terlebih dahulu syukur tak terhingga kepada ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan disamping masih lagi diberi peluang untuk masuk kedalam bulan ramadhan yang mulia ini. Pertama kali bermula puasa di bumi anbiya’ yang mana puasa kali ini tepat jatuh pada pertengahan musim panas. Merasakan bahawa puasa kali ini banyak cubaan yang mesti dirempuh. setelah diishtiharkan bahawa puasa jatuh pada hari sabtu, ketika itulah aku perbanyakkan berdoa supaya dimasukkan diriku kedalam bulan ramadhan kali ini.



Ramadhan kali ini merasakan diriku ini sangat beruntung kerana dapat memulakan puasa di bumi mesir ini dan juga merupakan bumi para2 anbiya’ dan sahabat dissamping ulama’2 yang tinggi darjatnya. Solat tarawih kali ini ak bersama dengan jamaah orang mesir sendiri kerana tahun lepas hanya bertarawih bersama orang Malaysia sahaja. Masjid Markas Islami menjadi pilihanku yang pertama pada malam pertama ini. Tarawih disini hanya melakukan 8 rakaat sahaja berbanding Malaysia ada yang membuat sehingga 20 rakaat namun itu suma tidak jadi masalah untuk dilakukan.


Pada awalnya ku menjangka bahawa surah yang dibacakan adalah sama seperti di Malaysia yang kebanyakannya hanya membaca surah yang pendek2 atau juzuk a’mma. namun apa yang dibacakan adalah juzuk 1 sehingga habis yang merangkumi 8 rakaat itu. Setiap satu juzuk mempunyai 8 makra’( ain) dan setiap rakaat dibaca 1 makra’ yang mana 1 makra’ itu, 2 muka surat, dua muka surat setengah atau 3 muka surat. Ketika rakaat yang ke-4 lagi kaki dah mula lenguh, apa pun nak tak nak terpaksalah tahan sehingga habis tarawih bersama2 dengan witir sekali. Memang lenguh kerana kebiasaannya hanya surah yang pendek2 tapi kali ini terpaksa kuatkan diri.


Namun apa yang seronoknya adalah imamnya kerana setiap rakaat bertukar imam dan salah seorang dari kalangan imam ini adalah orang berkulit hitam. Pada solat witir pula ditukar dengan imam yang lain dan apa yang menjadi perhatian adalah imam ini mengalunkan bacaan warhs dengan menggunakan kedua2 kaedahnya sekali, dengan nada yang dialunkan memang sungguh menarik. Habisnya solat witir aku rehat sebentar sebab lenguh. Ketika itu aku terkejut sedikit kerana orang arab ini berpelukan selepas habisnya sembahyang dan mengucahkan tahniah.kenapa tiba2 orang arab ini ucap tahniah?. Rupanya baru ak tahu bahawa mereka dapat masuk lagi kedalam bulan ramadhan tahun ini. Masing2 berpelukan (laki ngan laki je) dengan ucapan tahniah kepada kawan mereka. Mereka menganggap bahawa beruntung sekali dapat ramadhan kali ini, wajah masing2 berseri2 kerana terlalu gembira disamping sambutan menyambut ramadhan sungguh meriah seperti menyambut hari raya.


Berlainan pula di Malaysia, yang aku rasakan amalan ini jarang dilakukan oleh masyarakat kita. Apa yang disambut adalah hari raya yang merupakan hari kemenangan juga tapi ramadhan inilah sebenar-benarnya bulan kemenangan bagi umat islam. Ketika itu juga perasaanku juga seperti ingin dipeluk kerana aku juga dapat masuk dalam ramdhan ini tapi hanya sekadar bersalam sahaja. Walaupun hanya dengan ucapan tahniah itu, makna disebalik kalimah itu membawa erti yang pelbagai seolah-olah bulan2 sebelum ini adalah bulan “berperang” dan apabila masuk sahaja bulan ramadhan terus perolehi kemenangan. Kadang2 terfikir sejenak kenapa Allah meletakkan ramadhan ini hanya sebulan? Kenapa tidak 2 atau 3 bulan? Yang mana ganjaran kesemuanya adalah sama?. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian Allah itu.

“Allahumma innaka ‘afwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna” perbanykkan doa ini ketika ramdhan ini terutama apabila masuknya 10 malam terakhir yang kita tahu bahawa salah satu malam itu adalah malam lailatul qadr. Seperti apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW :


“barang siapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan maka diampunkan dosa2 yang terdahulu”


Kita pon sudah tahu tentang sabda nabi ini, namun apa tindakan kita. Adakah hanyat idur sahaja atau duduk sahaja? Banyakkanlah ibadat…

Friday, August 21, 2009

Umat Muhammad sangat beruntung..


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.




Seharusnya kita selaku umat Nabi Muhammad bersyukur dengan segala apa yang ada pada kita dan kita sangat beruntung kerana banyak kelebihan2 yang Allah berikan kepada umat ini. Terdapat banyak lagi yang Allah janjikan kepada kita dan terserah kepada kita samada ingin mendapatkannya atau pun tidak. Apa yang kita tahu bahawa bulan ramadhan yang datang ini, terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan atau curahkan kepada kita. Malam Lailatul Qadar adalah salah satu malam yang dianugerahkan kepada kita yang bergelar umat akhir zaman ini. Sesunggguhnya malam ini sangat bermakna kepada umat Muhammad yang mana tidak mampu menandingi ibadat yang dilakuan oleh golongan sahabat2 nabi dahulu. Malam ini juga adalah salah satu kemuliaan yang diberikan kepada umat Muhammad. Banyakkanlah amalan pada bulan ramadhan ini untuk mendapat keredhaan-Nya...

fikir-fikirkan dan selamat beramal...